Monday, 4 July 2016

Memang berbeza!!!
Beli persiapan rumah raya dan persiapan baju raya...
Kita pakai baju melayu untuk satu hari melainkan korang beraya di Sarawak akan pakai baju melayu untuk Seminggu dan mmg meriah(pernah sambut raya kat sana zaman belajo)..
Berbalik pada tajuk tadi..
Korang tak akan menyesal beli rumah raya sbb lpas raya korang akan duduk dan sambut di rumah yang sama setiap tahun berbanding beli baju melayu sbb tiap-tiap tahun akan ada tema.
Tema untuk rumah korang tentukan langsir cadar atau besarkan rumah lagi..
Masih rumah yang sama..
Cebisan daripada saya Mohamad Asraf..

Thursday, 23 June 2016

Nak Beli rumah perlu ke ada KWSP???
Jawapan bagi sy tidak semestinya perlu ada kwsp untuk beli rumah jika korang ada tunai 10% peratus daripada harga rumah dan bersedia ada bank hanya memberi pinjaman 90%,80% dan 70%.
Untuk mengetahui rumah bawah (landed) di bawah rm300k dan rm400k.
Korang cari rumah sewa atau untuk disewa boleh...
Whatsapp dan telefon-0132385379 Mohamad Asraf

Monday, 13 June 2016

Jalan-Jalan Cari Duit!!!
Cerita semalam walaupun bulan puasa,saya dan sepupu sempat juga tengok rumah dua tingkat di Taman Permai Kajang
Harga rumah bawah RM300K.

Dekat dengan pekan Kajang.
Nk keluar jalan besar pun tak jauh
Tuan rumah yang peramah dan tamah dan senang untuk berunding.
Sempat berborak dengan tuan rumah sambil berborak sempat juga dpt satu projek besar. antara yang menarik sekali topiknya sekarang ni kena buat jalan-jalan cari duit untuk menampung kos kehidupan seharian. Tersenyum lebar dibuatnya..
Alhamdullilah,siapa sangka tujuan asal nk tengok rumah je tapi siap dpt satu projek iaitu tanah hendak dijual di Semenyih
Rezeki berada di mana-mana..
Korang bila lagi???

Saturday, 4 June 2016

Jom Klik!!

Sambil santai layari projek perumahan yang baru dan subsale..

Ada beberapa laman sesawang kita boleh lawati

1.Iproperty

2.Property Guru

3.Mudah.my

Nak tahu lebih lanjut,,,

Saya sedia membantu

Whatsapp dan telefon 0132385379 Mohamad Asraf
Lepas ke tak ni!!!
Perkara penting sebelum kita beli rumah..
Yang utama sekali ialah REKOD KITA DENGAN PIHAK INSTITUSI KEWANGAN..
Komitmen yang selalu ada pada diri kita..
1.Pinjaman PTPTN
2.Pinjaman Kereta
3.Pinjaman Peribadi
4. Kad Kredit
5.Bil telefon dan internet
+ Kita kena pastikan setiap bulan di bayar dengan cantik kalau boleh ikut waktu yg ditetapkan oleh bank
+Jika tidak dapat membuat pembayaran seperti ditetapkan wajib kita berunding dengan pihak institusi kewangan dan pihak berwajib
+Bil telefon dan internet juga menjadi penanda aras kekuatan kewangan seseorang (jangan main-main yang ni pun boleh masuk ccris ctos)
+Muka tersenyum lebar bila pihak bank luluskan pinjaman rumah kita

JOM BELI RUMAH TANPA MODAL..

.
Banyak rumah sekarang dlm pembinaan..

untuk yang baru bekerja pun berpeluang beli rumah

kena buat kajian untuk tempat tersebut sebelum beli rumah..

tak dpt rumah bawah(landed) dpt apartment pun okay..

Kalau rasa tak kuat untuk memenuhi bayaran bulanan..

masih ada lagi rumah subsale bawah RM400k,,

Sunday, 29 May 2016

DILEMA GEN-Y!!!!

1.Bayaran bulanan
2. 10% untuk pembayaran pendahuluan

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya

1. kita boleh pergi website Loanstreet untuk mengetahui berapa bulanan mengikut harga rumah Idaman
Contohnya harga Rumah 250k,bulnana korang RM1+++

2. Kita boleh gunakan KWSP dan MyDesposit.
Nasihat daripada saya
-harga rumah takkan turun dan tak tunggu kita nak beli baru turun
-kalau bulanan RM1+++ sudah memadai untuk kita beli rumah
-bila bulanan bawah RM1000 kita kena terima rumah dan kawasan seadanya sbb mmg itu yg kita mampu
-tak apa beli rumah busuk dulu jangan risau korang akan rasa wanginya untuk hari mendatang

Secebis perkongsian
-Mohamad Asraf
Jalan-Jalan Cari Rumah...

Semoga urusan kita hari ni dipermudahkan..

Kepada sahabt-sahabat yang sedang mencari rumah di kawasan Cheras

Di kawasan Sg. Long terdapat beberapa kawasan perumahan baru

1. Taman Tanming 2
2.Desa Budiman
3.Palmwalk 3

Kelebihan:

-Berdekatan dengan MRT Stesen Bdr Tun Hussein Onn
-Kelab Golf
-UTAR
-Lebuhraya Kajang Silk

Secebis perkongsian daripada saya.
Pelbagai jenis rumah terdapat di situ, boleh anggarkan dlm RM350K ke atas.

Monday, 16 May 2016

Secebis Tips untuk membeli rumah 'ATAS' (Flat,Kondominium,Apartment)

Secebis tips beli rumah 'ATAS'(Apartment,Flat dan Kondominium)
1. Kawasan yang ingin di duduki:
- Kawasan kejiranan
-Berpagar atau tidak
- ada tukang jaga selama 24 jam
2. Kadar baik pulih rumah(maintainance fee):
-kena tahu kadar baik pulih rumah(maintenance fee)
-adakah pembeli akan membayar kadar baik pulih rumah jika rumah tu kosong untuk tahun lamanya

Thursday, 12 May 2016

Antara No 40 dan Syed Bistro???
Berjumpa dgn pelanggan untuk terangkan projek "TERHANGAT DI PUCHONG"
Pertemuan yang banyak cerita tentang cobaan yang kita hadapi dalam kehidupan
Inilah dinamakan peluang dan ruang
RANCANG, SIMPAN DAN LABURKAN...

Kita kena merancang kewangan dan masa depan bila dah habis belajar bukan setakat merancang nk kerja apa lepas habis belajar

Selepas kita sudah mendapat kerja kita kena membuat simpanan ikat perut kata orang,biarlah kawan-kawan bergaya dgn gajet dan kereta.

Laburkan simpanan wang anda seperti membeli rumah dan menyewakannya serta melabur saham di Bursa Malaysia

Baru dinamakan duit buat duit
Pelaburan dan Keadaan Ekonomi Semasa??

Kita sentiasa mudah percaya ckp orang.

Jangan labur sekarang tak untung

Lepas tu kita tengok orang tu lebih beruntung daripada kita
Puncanya sebab kita duk dengar cakap orang:

Jangan Labur sekarang TAK UNTUNG

Orang lain yang nampak peluang sibuk labur sekarang DAPAT UNTUNG

Seperti rumah...

Jangan Beli Rumah Sekarang Tahun Depan Harga Rumah Turun

Kepada Abang,Kakak,Adik,Pakcik dan Makcik semua yang suka dengar ckp orang
HARGA RUMAH TAK PERNAH TURUN,

Kenaikan harga rumah di negara kita meningkat dgn cepat 
semenjak Tahun 2009

ini fakta bukan auta

Jangan KATA rumah sekarang mahal la...

Salah Pemaju la...

Salah Sendiri?????????

Itulah tugas saya dan rakan-rakan yang lain bantu anda mendapatkan rumah idaman.

Tuesday, 3 May 2016

PROJEK BARU

Perubahan zaman

Zaman sekarang kita klik dan taip je semua keluar

Kita gunakan peluang ni untuk cari apa yang kita nak

Senang tak yah pergi perpustakaan,leceh nk pergi sana kan

Berpanas,Berpeluh dan Habis Masa kat jalan kalau asyik jem.

KL kalau tak jem mmg tak sah.

Betul tak korang???

Senang kata orang sebab di hujung jari

Kat mana-mana kita boleh layari internet

Yang penting data tak habis dalam tren boleh tgk facebook dan baca suratkhabar

Kat bilik termenung pun boleh 

Ye la sebelum ni orang bawa suratkhabar tapi sekarang bawak 'handphone'




Tuesday, 26 April 2016

SHOPLOT UNTUK DISEWA, BANGI



Shop lot tingkat 1 utk disewa di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Corner lot.

Berada di lokasi yg amat stategik
Facing hall
Luas kedai 1947 sqft

Harga sewa: RM5500 sebulan. Nego

Sangat sesuai utk buat ofis travel , direct selling, unit trust ,pusat gym, pusat tuition dan sebagainya

Berminat hubungi saya Asraf 0132385379

SAYA ASRAF, SAYA AGENT HARTANAH


Satu Langkah Seribu Cabaran!!!!
Bukan mudah nk buat orang percaya..
Bila kita dah dapat kepercayaan mereka buat sehabis baik.
Sentiasa berusaha merebut peluang yang ada.
Berhenti mengeluh dan menyalahkan takdir.
Rezeki itu sentiasa ada,kita kena berusaha mendapatkkannya..
inspirasi untuk mulakan kerja hari ni.

KENAPA NAK PAKAI AGENT??? KAN MAHAL???

Ada yang bertanya saya semalam... Kenapa nak pakai agent hartanah???
Jawapan saya:
Untuk CEPAT DAN TEPAT
Sedikit perbezaan apabila Agent Hartanah yang jualkan berbanding pemilik sendiri yang cuba jual unitnya...
Ringkas kenapa???
- Agent Tidak Layan Sentimental atau Emosi Terhadap Hartanah Yang Mahu DiJual
Maksud, jika kita masukkan emosi atau kenangan silam, maka ia makin sukar... Dalam ketika perlu buat keputusan.. Emosi kadangkala mengganggu urusan jualan....
Tiba tiba... "Alahhhaiii kat sini la kau bersunat dulu mamatt, sayang pulak mak nak jual... Kau bersunat dah la sekali je"
Kui Kui Kui....
- Harga Mengikut Sentimen Semasa
Agen hartanah punyai banyak dan berpengalaman mengenai listing, mereka menilai mana bagus dan kurang bagus.. Mana lebih berbaloi...
Sebagai contoh; katakan flat buruk mahu dijual 200k tapi agen ada juga unit mahu dijual 200k tetapi condition Nora Danish... Bahasa mudahnya perbandingan... Kami tahu unit anda dimana...
- Memang Kerja Kami, Faham Sekatan
Dari menyemak profile bakal pembeli, kami buat lebih "homework" terhadap hartanah anda... Sekatan jika ada... Atau apa sahaja... Jika ada sekatan, layan atau tidak... Risiko pembeli layak... Semua kerja kami..
Itu kadang kala berlaku, hartanah telah terjual tetapi sangkut ketika "Consent" Eh bang, abang dah ada 9 rumah tak layak beli "low cost"
Nampak??
Buang masa dan deposit dah guna.... Waaaaaaa mana nak cari
- Layak Pinjam Ke Tak??
Saya yakin anda mungkin 50% tahu... Mungkin tak tahu.. Ehhh gaji dia 3k layak ke beli 300k
Emmm boleh kot... Tah
Jadi, itu memang kerja kami..
- Kami Lebih Neutral
Kadang kadang dalam keadaan penjual sibuk bertanya pembeli tahap kelayakan beliau utk beli hartanahnya... Berapa gaji.. Ada hutang apa... Mesti pembeli tak selesa... Jadi kamilah orang yang lebih selesa pembeli buat rujukan...
Kannnnn??
Sebenarnya banyak lagi sebab, walaupun sekelumit kos agen nampak besar
Tapi kudrat kami membantu, InshaAllah lebih berbaloi...

#syagenthartanah

ASRAF
013- 238 5379
Real Estate Negotiator

ZERO DOWN PAYMENT, NEW PROJECT AT PUCHONG

 

* Untuk BUMIPUTERA Sahaja

* PRE-Launch double storey terrace house

* Fasa 1 Fully Booked. Open for FASA 2!

* Zero down payment

* Lebihan pulangan tunai sebanyak RM 10K untuk unit tertentu sahaja 

*SNP and disbursement fee-Percuma

* unit TERHAD-First come first serve basis !


Interested? Click link below:



TAHUKAH ANDA?


5 kawasan tertinggi jumlah sewaan di Lembah Klang:
1. Puchong.
2. Petaling Jaya.
3. Mont Kiara.
4. KLCC.
5. Cheras.