Ada yang bertanya saya semalam... Kenapa nak pakai agent hartanah???
Jawapan saya:
Untuk CEPAT DAN TEPAT
Sedikit perbezaan apabila Agent Hartanah yang jualkan berbanding pemilik sendiri yang cuba jual unitnya...
Ringkas kenapa???
- Agent Tidak Layan Sentimental atau Emosi Terhadap Hartanah Yang Mahu DiJual
Maksud, jika kita masukkan emosi atau kenangan silam, maka ia makin sukar... Dalam ketika perlu buat keputusan.. Emosi kadangkala mengganggu urusan jualan....
Tiba tiba... "Alahhhaiii kat sini la kau bersunat dulu mamatt, sayang pulak mak nak jual... Kau bersunat dah la sekali je"
Kui Kui Kui....
- Harga Mengikut Sentimen Semasa
Agen hartanah punyai banyak dan berpengalaman mengenai listing, mereka menilai mana bagus dan kurang bagus.. Mana lebih berbaloi...
Sebagai contoh; katakan flat buruk mahu dijual 200k tapi agen ada juga unit mahu dijual 200k tetapi condition Nora Danish... Bahasa mudahnya perbandingan... Kami tahu unit anda dimana...
- Memang Kerja Kami, Faham Sekatan
Dari menyemak profile bakal pembeli, kami buat lebih "homework" terhadap hartanah anda... Sekatan jika ada... Atau apa sahaja... Jika ada sekatan, layan atau tidak... Risiko pembeli layak... Semua kerja kami..
Itu kadang kala berlaku, hartanah telah terjual tetapi sangkut ketika "Consent" Eh bang, abang dah ada 9 rumah tak layak beli "low cost"
Nampak??
Buang masa dan deposit dah guna.... Waaaaaaa mana nak cari
- Layak Pinjam Ke Tak??
Saya yakin anda mungkin 50% tahu... Mungkin tak tahu.. Ehhh gaji dia 3k layak ke beli 300k
Emmm boleh kot... Tah
Jadi, itu memang kerja kami..
- Kami Lebih Neutral
Kadang kadang dalam keadaan penjual sibuk bertanya pembeli tahap kelayakan beliau utk beli hartanahnya... Berapa gaji.. Ada hutang apa... Mesti pembeli tak selesa... Jadi kamilah orang yang lebih selesa pembeli buat rujukan...
Kannnnn??
Sebenarnya banyak lagi sebab, walaupun sekelumit kos agen nampak besar
Tapi kudrat kami membantu, InshaAllah lebih berbaloi...
#syagenthartanah
ASRAF
013- 238 5379
Real Estate Negotiator
No comments:
Post a Comment